Pada asalnya, kebanyakan manusia semuanya mempunyai potensi yang sama. Sebaik sahaja seseorang bayi itu dilahirkan, dia akan mempunyai anggota tubuh, pancaindera dan keupayaan diri yang tidak banyak bezanya dengan bayi-bayi yang lain.
Kemudian, dia menjalani proses pembesaran diri seperti menyusu, merangkak, duduk, berdiri, bertatih, berjalan, berlari dan sebagainya. Semuanya dilakukannya secara sendiri dengan ilmu yang Allah ilhamkan. Ibu bapanya atau saudaranya yang lebih tua hanya bertindak membantu bayi itu dengan memberi rangsangan-rangsangan agar ia dapat berlajar dengan cepat.
Tetapi apabila bayi-bayi itu meningkat dewasa, mereka membesar menjadi lelaki-lelaki atau wanita-wanita yang mempunyai potensi dan keupayaan diri yang pelbagai tahapnya. Lantas itu, apakah yang berlaku kepada mereka sehinggakan ada perbezaan sesama mereka, tidak seperti pada ketika mereka masih menjadi bayi?
Jawapannya sudah pastilah proses-proses yang mereka lalui pada tahap usia pembesaran mereka.
Ada sesetengah orang, yang selepas menjalani proses-proses biasa, hanya menjadi orang-orang yang biasa. Tetapi ada pula sesetengah orang, yang selepas melalui pengalaman-pengalaman hidup yang luar biasa, membesar menjadi manusia-manusia yang hebat.
Jadi muhasabahlah diri masing-masing. Kalau kita mempunyai faktor waw, maka kita hendaklah menyukuri nikmat itu kerana ia mampu merangsang potensi-potensi dalam diri. Tetapi kalau kita, seperti kebanyakan manusia lain, tidak mempunyai banyak potensi pada asalnya, atau faktor diri kita tidak mencapai tahap “waw” walaupun ianya positif, maka tidak perlulah pula kita merasa terlalu rendah diri.
Faktor waw adalah elemen sifat dan sikap yang unik yang ada pada diri seseorang manusia, yang boleh menyebabkan orang lain tertarik dan merasa takjub kepadanya. Di sekeliling kita, kebanyakan orang yang mempunyai faktor waw adalah berjaya. Tetapi dalam masa yang sama, kebanyakan orang yang lain pula, walaupun tidak mempunyai faktor waw sebegitu, mereka tetap juga berjaya di dalam kehidupan mereka. Malah mereka menjangkau tahap kejayaan yang lebih cemerlang, apabila mereka berjaya tidak hanya di dunia ini malah di akhirat juga.
Contohnya, manusia biasa yang kurang potensi seperti Bilai bin Rabah ra kerana statusnya sebagai hamba abdi. Dengan hidayah Allah dan keimanan yang tercampak dalam hatinya, potensi dirinya terkembang luas hingga beliau telah menjadi di antara sahabat-sahabat besar kepada Rasulullah saw; hinggakan terjamin syurga padanya.
Dalam suatu hadith dari Abdullah Bin Burdah dari ayahnya ra, dia berkata, “Di suatu pagi Rasulullah saw memanggil Bilal lantas bertanya, ‘Dengan apakah engkau mendahului aku ke syurga? Malam tadi aku memasuki syurga kemudian aku mendengar suara terompahmu di hadapanku.’ Bilal berkata, ‘Wahai Rasulullah, tidaklah aku sama sekali mengumandangkan azan kecuali aku solat dua rakaat, dan tidaklah aku sama sekali berhadas kecuali aku berwudhuk pada saat itu juga.’ Kemudian Rasulullah saw bersabda, ‘Kerana inilah.’” (Hadith ini ialah riwayat Ibnu Khuzaimah, dan ia adalah sahih menurut Muhammad Nashiruddin Al-Abani).
Kalau diperhalusi, Bilal ra bukannya manusia yang mempunyai faktor waw sangat. Dia adalah seorang hamba abdi berkulit hitam, tidak mempunyai keistimewaan keturunan, kekuatan fizikal, kemahiran peperangan atau sebagainya, yang biasanya tercatat pada sirah sahabat-sahabat Rasullullah saw. Namun, dia adalah di antara sahabat-sahabat yang awal Islamnya, menerima keesaan Allah pada era dakwah Makkiyyah dan menerima ujian seksaan fizikal yang amat berat daripada tuannya akibat keIslamannya tersebut. Selain itu, beliau mempunyai suara yang merdu lagi lantang, hingga Rasulullah saw menugaskannya untuk melaungkan azan lima waktu.
Tetapi apa yang memasukkan Bilal ke dalam syurga, dengan rahmat Allah, adalah solat sunat azannya dan keberadaannya dalam wudhuk pada hampir setiap masa sedarnya. Kedua-dua perbuatannya itu adalah amalan-amalan biasa, yang mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja yang ikhlas dan istiqamah.
Faktor umum pada diri Bilal adalah pada tahap biasa sahaja, tetapi telah dikumpulkannya dengan penuh disiplin hingga menjadi faktor waw yang hebat, hingga mendapat jaminan syurga Rasulullah saw.
Dengan itu, marilah kita memuhasabahkan diri kita masing-masing. Kalau masih ada kekurangan pada amalan-amalan salih, marilah kita pertingkatkan agar menjadi suatu faktor waw dalam diri kita.
Firman Allah, “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya, Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuatkan.” (Al-Hasyr 56:18).
Rabu, 7 Oktober 2009
Ahad, 5 Julai 2009
Motivasi Rabbaniyyah
Seringkali kita menyoal diri sendiri tentang tahap motivasi kita untuk beramal?
Untuk beramal secara konsisten, seseorang itu memerlukan motivasi. Dan motivasi itu pula mestilah hangat membakar di dalam jiwanya dan mampu menggerakkan anggota-anggota tubuhnya. Anggota-anggota tubuhnya kemudian akan bergerak untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diaturkannya, dan menyempurnakan segala tugasan sebagaimana yang diamanahkan.
Tetapi, kenapa amal kita tidak setimpal dengan tahap tugasan yang diamanahkan? Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan melainkan kurangnya iman yang mendalam dalam hati-hati kita.
Muhammad Abduh dalam bukunya, Komitmen Daei Sejati, menulis yang berikut :
Untuk beramal secara konsisten, seseorang itu memerlukan motivasi. Dan motivasi itu pula mestilah hangat membakar di dalam jiwanya dan mampu menggerakkan anggota-anggota tubuhnya. Anggota-anggota tubuhnya kemudian akan bergerak untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diaturkannya, dan menyempurnakan segala tugasan sebagaimana yang diamanahkan.
Tetapi, kenapa amal kita tidak setimpal dengan tahap tugasan yang diamanahkan? Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan melainkan kurangnya iman yang mendalam dalam hati-hati kita.
Muhammad Abduh dalam bukunya, Komitmen Daei Sejati, menulis yang berikut :
"Lemahnya unsur Rabbaniyyah akan melemahkan perlaksanaan, sumbangan dan pergerakan dakwah, serta mengganggu konsistensi. Bertambahnya keyakinan para aktivis terhadap dakwah akan menggambarkan kadar sumbangan dan inovasinya yang sebenarnya.Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Jika diumpamakan kadar keyakinan (keimanan) seseorang mencapai (hanya) 50%, maka sumbangannya terhadap agama dan dakwahnya tidak lebih dari peratusan kadar tersebut juga. Rabbaniyyah dan kedekatan diri dengan Allah merupakan motivasi paling besar yang mendorong seseorang untuk berbuat dan melakukan aktiviti dakwah."
Jumaat, 3 Julai 2009
Borang Mutabaah
Borang Mutabaah untuk bulan Julai 2009 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah. Ia terdapat dalam format Microsoft Excel (.xls), Adobe PDF (.pdf) dan Apple Numbers (.numbers).
Klik untuk pautan yang berkenaan.
Klik untuk pautan yang berkenaan.
Langgan:
Catatan (Atom)