Ahad, 5 Julai 2009

Motivasi Rabbaniyyah

Seringkali kita menyoal diri sendiri tentang tahap motivasi kita untuk beramal?

Untuk beramal secara konsisten, seseorang itu memerlukan motivasi. Dan motivasi itu pula mestilah hangat membakar di dalam jiwanya dan mampu menggerakkan anggota-anggota tubuhnya. Anggota-anggota tubuhnya kemudian akan bergerak untuk melaksanakan segala perancangan yang telah diaturkannya, dan menyempurnakan segala tugasan sebagaimana yang diamanahkan.

Tetapi, kenapa amal kita tidak setimpal dengan tahap tugasan yang diamanahkan? Jawapannya ialah tidak lain dan tidak bukan melainkan kurangnya iman yang mendalam dalam hati-hati kita.

Muhammad Abduh dalam bukunya, Komitmen Daei Sejati, menulis yang berikut :
"Lemahnya unsur Rabbaniyyah akan melemahkan perlaksanaan, sumbangan dan pergerakan dakwah, serta mengganggu konsistensi. Bertambahnya keyakinan para aktivis terhadap dakwah akan menggambarkan kadar sumbangan dan inovasinya yang sebenarnya.

Jika diumpamakan kadar keyakinan (keimanan) seseorang mencapai (hanya) 50%, maka sumbangannya terhadap agama dan dakwahnya tidak lebih dari peratusan kadar tersebut juga. Rabbaniyyah dan kedekatan diri dengan Allah merupakan motivasi paling besar yang mendorong seseorang untuk berbuat dan melakukan aktiviti dakwah."
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.


Jumaat, 3 Julai 2009

Borang Mutabaah

Borang Mutabaah untuk bulan Julai 2009 boleh dimuat turun melalui pautan di bawah. Ia terdapat dalam format Microsoft Excel (.xls), Adobe PDF (.pdf) dan Apple Numbers (.numbers).

Klik untuk pautan yang berkenaan.