Adab-adab pelajar di sekolah adalah pra-syarat kepada kejayaan pembelajaran di sekolah. Pelajar-pelajar diingatkan dari masa ke semasa untuk memahami dan mengikutinya. Setiap pelajar dilatih oleh guru-guru untuk memiliki adab-adab yang mulia dan tinggi.
Adab-adab di sekolah
- Belajar kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala.
- Belajar dengan penuh tekun dan bersungguh-sungguh.
- Jiwa, akal dan fizikal bersedia menghadapi pelajaran.
- Menghormati pentadbir dan guru serta patuh kepada arahan mereka.
- Menjaga ketenteraman suasana pengajaran dan pembelajaran.
- Menjaga kebersihan dan ketertiban di tempat belajar.
- Menjaga keselamatan harta benda sekolah.
- Bertatatertib ketika masuk dan keluar kelas serta sebarkan salam.
- Tidak mengganggu orang lain dalam kelas dan di luar kelas.
- Berukhuwah Islamiyah dan saling bekerjasama antara pelajar dan guru.
- Sentiasa mengingati matlamat menuntut ilmu ialah untuk mendapatkan keredhaan Allah.
- Mulakan pelajaran dengan doa (pelajaran pertama setiap hari).
- Berhemah tinggi dan sentiasa berusaha untuk maju dalam syakhsiyyah dan pelajaran.
- Sempurnakan kerja dan tugas seperti yang diminta.
- Sentiasa bermuraqabah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dalam setiap tindakan.
- Tidak melakukan dosa dan kesalahan.
- Hidupkan semangat berlummba-lumba untuk maju dalam pelajaran dan akhlak.
- Bertanggungjawap dalam setiap pekerjaan dan tindakan.
- Suka menolong dalam kerja-kerja kebajikan.
- Belajar dan bekerja secara berpasukan.
- Beri kerjasama serta patuh kepada arahan pentadbir, guru dan ketua.
- Memelihara masa.
- Berpegang kepada matlamat yang jelas setiap masa iaitu untuk mengejar redha Allah dan membangunkan ajaran Islam.
Versi pdf Risalah Insan boleh dimuatturun dari sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan