Firman Allah,
إِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي خَالِقٌ بَشَرًا مِّن طِينٍ . فَإِذَا سَوَّيْتُهُ وَنَفَخْتُ فِيهِ مِن رُّوحِي فَقَعُوا لَهُ سَاجِدِينَ . فَسَجَدَ الْمَلَائِكَةُ كُلُّهُمْ أَجْمَعُونَ . إِلَّا إِبْلِيسَ اسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, ‘Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia - Adam dari tanah. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.’ (Setelah selesai kejadian Adam) maka sujudlah sekalian malaikat, semuanya sekali, melainkan Iblis. Ia berlaku sombong takbur (mengingkarinya) serta menjadilah ia dari golongan yang kafir.” (Sad 38:71-74).
Keengkaran Iblis adalah kerana kesombongan dan ketakburannya, hingga digolongkan sebagai kafir. Iblis merasakan dirinya lebih baik daripada Adam as kerana penciptaannya ialah dari api, berbanding penciptaan Adam as iaitu dari tanah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan