Antara syabab yang hadir |
Sebahagian mereka mungkin telah terpisah setelah habis
sekolah rendah dan sebahagian yang lain setelah menamatkan sekolah menengah.
Sebahagian juga mungkin dipisahkan dek kerana jarak umur yang panjang antara
sesama mereka. Manakala sebahagian yang lain mungkin baru kali pertama bertemu.
Namun, semua ini tidak menghalang untuk mereka kembali bersama-sama mempertaut
kembali ukhuwwah yang pernah terbina serta bersama-sama memperjelas kembali
tanggungjawab diri sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini.
Program bermula dengan sesi taklimat ringkas setelah peserta
selesai mendirikan khemah dan solat Asar berjemaah. Kemudian, peserta tidak
melepaskan peluang untuk mandi dan menikmati sejuk air Sungai Kemensah.
Persiapan minum petang turut berlangsung diketuai oleh saudara Abdul Azim,
seorang lulusan dalam bidang kulinari. Roti sardin goreng bersalut telur
menjadi pilihan beliau. Sedap lagi lazat, itulah antara komen para peserta.
Riang ria bersama air terjun |
Azan Isha’ kemudian berkumandang. Selesai solat berjemaah,
mereka bergotong-royong menyediakan makanan malam. Oleh kerana tempoh yang lama
untuk menunggu nasi masak didalam mess-tin, dua orang ditugaskan untuk membeli
nasi putih dari kedai makan berdekatan. Ada juga yang memotong bawang dan cili
berlapikkan belakang pinggan. Ada juga yang memecahkan ais dengan menghentak
plastiknya ke tanah untuk menyediakan air. Ada juga yang ber-parang memotong
kayu api untuk terus menyalakan unggun api. Dan ada juga yang menggoreng telur
dan sayur untuk dijadikan lauk. Suasana yang terbina sangat mengenyangkan jiwa,
terasa seakan seperti satu keluarga, walau berlainan ibubapa.
Penyampaian yang mengesankan dari saudara Wan Mohd Basyir |
Keesokan paginya, peserta memulakannya dengan solat subuh
berjemaah dan bacaan ma’thurat pagi. Selesai ber-wazifah, persiapan sarapan
pagi dimulakan diketuai sekali lagi oleh saudara Abdul Azim. Menu kali ini
ialah roti berintikan scramble-egg dan sardine. Air teh panas yang dimasak
menggunakan mess-tin turut disediakan. Pagi itu, mereka sekali lagi mengambil
peluang untuk mandi sungai.
Selesai mandi sungai, khemah pun diturunkan sebagai
persiapan untuk berkemas pulang. Rehlah kemudian diakhiri oleh sedikit ucapan
penutup dari wakil syabab HALUAN Gombak, saudara Ar Rasyid Jaafar.
Ber-selfie bersama ikan-ikan |
Bergotong-royong menyediakan makanan |
Para peserta tidak melepaskan sesi monopod selfie |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan