Rabu, 7 September 2011
Kisah pemuda suci
Isnin, 20 Jun 2011
Isi Utama Ucapan Dasar Presiden Haluan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 (Bhg 3)
Kedua : Memberi fokus kepada kepimpinan pelapis
Saidina Umar al-Khattab ra pernah bertanya kepada sahabat-sahabatnya, apakah yang mereka inginkan. Lain antara mereka ada yang bercita-cita untuk memiliki sejumlah harta yang banyak, dan dengan harta itu dapat mereka sedekah dan belanjakan pada jalan Allah. Namun Sayyidina Umar ra berkata: "Aku inginkan sekumpulan manusia yang hebat seperti Abu Ubaydah Al-Jarrah, Muaz Ibn Jabal dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan agama Allah."
Putaran sejarah terus berulang seperti mana siang dan malam. Yang pergi perlu diganti dan yang lemah perlu dipapah agar usaha-usaha murni ini tidak terganggu di pertengahan jalan. Kerja-kerja kita lebih banyak dari masa yang ada. Oleh itu, adalah suatu yang sangat penting untuk memberi perhatian kepada proses melahirkan pewaris kepimpinan untuk kesinambungan kerja-kerja kita. Pewaris-pewaris ini perlu dilengkapkan dengan ilmu-ilmu syarak dan pengurusan serta kemahiran insaniah, juga didedahkan dengan pengalaman-pengalaman yang berguna. Kita perlu meletakkan mereka di medan-medan amal dan pada masa yang sama memberikan pendidikan yang berterusan sehingga lahir penampilan dan terjemahan al-Quran dalam kehidupan mereka.
Rasulullah saw pada peringkat awal dakwah Islam, bermula dengan membina anasir-anasir yang nantinya mampu melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan. Pendidikan yang bermula di rumah Arqam bin Abi Arqam adalah pendidikan yang melahirkan generasi teras yang kemudiannya melaksanakan kerja-kerja pendidikan dan perubahan.
Generasi pewaris kepimpinan umpama permata dalam lumpur yang tidak bernilai jika hanya dibiarkan begitu sabaja. Sebaliknya mereka perlu dicari, digilap dan dibentuk untuk menjadi permata yang berharga. Oleh itu, generasi belia, pemuda, pemudi dan graduan institusi pengajian tinggi haruslah kita berikan perhatian dan tumpuan sepenuhnya.
Ketiga : Menambahkan bilangan ahli anggota
Usaha-usaha menambahkan bilangan anggota perlu digiatkan dan perancangan bersepadu perlu dilaksanakan. Setiap aktiviti yang dilaksanakan janganlah sekadar mengisi masa dan ruang semata-mata. Ia mestilah dalam rangka untuk melahirkan lebih ramai ahli anggota HALUAN.
Pada pandangan saya, pelbagai aktiviti yang tidak menjurus kepada penambahan anggota umpama pokok yang tidak berbuah. lanya hilang begitu sahaja dengan berakhirnya sesuatu aktiviti. Oleh itu kita mesti merebut peluang untuk menambahkan bilangan anggota secara berterusan dan penuh kesungguhan tanpa mengenal jemu.
PELAN TINDAKAN STRATEGIK TAHUN 2011 - 2012
26. "Kegagalan untuk merancang adalah merancang untuk gagal" - Itulah kata-kata yang sering kita dengar atau kita baca. Kerja tanpa perancangan bukan sahaja tidak memberikan kesan yang baik malah melibatkan kerugian masa, tenaga dan wang ringgit. Kepada kepimpinan HALUAN dan ahli-ahli HALUAN, saya melihat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam perancangan dan pelan tindakan kita terutamanya untuk tempoh terdekat (tahun 2011-2012) ini.
Keenam : Tanggungjawab ahli-ahli HALUAN
HALUAN memandang bahawa pengukuhan jatidiri anggota adalah sesuatu yang tidak boleh diambil mudah atau dibiarkan tanpa mengikut perencanaan tertentu. Binaan bangunan yang kukuh adalah hasil daripada cantuman atau gabungan batu bata yang kuat dan kukuh juga. Andainya dalam ribuan batu-bata berkenaan banyak yang cacat, pastinya akan memberi kesan terhadap kekuatan bangunan berkenaan. Kekuatan jatidiri akan memberikan daya tahan menghadapi pelbagai rintangan.
Tidak mudah futur (lemah/malas), tidak mudah kendur semangat juang, tidak jumud dalam pemikiran, tidak bingung menghadapi kritikan bahkan mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan yang menghadang. Kekuatan jatidiri menjadikan seseorang itu tidak hanya menunggu arahan atau menjadi orang yang menurut sahaja. Aspek-aspek ruhiyah, fikriyah, maaliyah, penguasaan pelbagai bidang dan kemahiran berorganisasi adalah tunggak utama pembentukan jatidiri yang perlu dihadam setiap anggota.
Para sahabat Rasulullah saw telah membuktikan bahawa mereka mampu melaksanakan kerja-kerja atau amanah yang dipikulkan walaupun berada jauh daripada Rasulullah saw dan kelompok kaum muslimin lain.
Jaafar bin Abi Talib ra dan sahabat-sahabatnya berada di Habsyah dalam waktu yang cukup lama, namun masih mampu mempertahankan aqidah mereka. Demikian juga Mus'ab bin Umair, duta Islam pertama di Madinah. Berkemampuan melaksanakan kerja-kerjanya tanpa pertolongan sesiapa sehingga Madinah menjadi tempat asas berkembangnya Islam selepas hijrah Rasulullah saw.
27. Kita tidak sepatutnya merasa selesa dengan berdiam diri atau tenggelam dengan pelbagai angan-angan. Di hadapan kita terbentang jalan perjuangan yang jauh, pertembungan antara kebenaran dan kesesatan, antara yang baik dan yang jahat, antara pejuang kebenaran dan penentang kebenaran, antara yang benar-benar ikhlas dan yang hipokrit.
28. Kepada kepimpinan dan ahli-ahli HALUAN saya sekali lagi berseru agar mempersiapkan diri dengan ilmu, keimanan, taqwa, kasih sayang, sedia berkorban dan bersedia untuk berkhidmat. Usaha-usaha penambahan ilmu, peningkatan keimanan dan taqwa, mengukuhkan kasih sayang, kesediaan berkorban dan berkhidmat perlu dibuat sepanjang masa dalam perjalanan hidup ini dan tidak boleh dipandang mudah. Kita belajar daripada sejarah betapa ramai manusia telah kecundang dalam perjalanan lantaran persiapan diri yang lemah atau lalai dalam menjaga diri untuk menghadapi halangan dan dugaan yang mendatang.
29. Syeikh Mustafa Mashyur menyatakan bahawa tanpa ciri-ciri yang berkenaan maka hanya kegagalan yang menjadi milik mereka (umat ini). Kita perlu menguasai dunia untuk memiliki akhirat Dunia ini kita genggam, akhirat yang kita semai. Biarlah keperitan dan kesusahan kehidupan dunia ini ditukarganti dengan janji-janji Allah swt. Kita meyakini bahawa dunia ini diberikan Allah swt kepada sesiapa sahaja yang mencari atau mencintainya tetapi deen Islam ini hanya diberikan kepada insan-insan terpilih dan kita berharap bahawa kita adalah di antara pilihan itu.
Allah swt berfirman, "Oleh itu Allah memberikan mereka pahala dunia (kemenangan dan nama yang harum), dan pahala akhirat yang sebaik-baiknya (nikmat syurga yang tidak ada bandingannya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang berbuat kebaikan." (Ali-Imran: 148).
30. Renungilah apa yang diperkatakan oleh Imam Hasan al Banna "Saya dapat menggambarkan seorang mujahid (pekerja Islam) adalah seorang yang sentiasa dalam keadaan siap siaga dan membekali diri mereka, berfikir tentang keberadaannya pada segenap dinding hatinya. Dia selalu dalam keadaan berfikir dan siap untuk menyambut seruan. Waktu pagi dan petangnya, bicaranya, keseriusannya dan permainannya, tidak melanggar batas-batas yang dia persiapkan untuk dirinya. Dia tidak melakukan sesuatu kecuali misi hidupnya, berjihad di jalanNya. Anda dapat membaca pada raut wajahnya, anda dapat melihat pada bola matanya, anda dapat mendengar dari ucapan lidahnya yang menunjukkan terhadap sesuatu yang bergolak di dalam hatinya, suasana tekad, semangat besar serta tujuan jangka panjang yang telah memuncak dalam jiwanya yang jauh dari unsur menarik keuntungan sedikit di sebalik perjuangannya. Adapun mujahid yang tidur sepenuh kelopak matanya, makan seluas mulutnya, tertawa seluas bibirnya, menggunakan waktu untuk bermain dan berbuat perkara sia-sia; mustahil dia termasuk dalam kalangan orang yang menang dan mustahil tercatat dalam barisan mujahidin." (Petikan dari Buku Ikhwan Muslimin - Syeikh Jasim Muhalhil).
31. Akhir kata, sama-sama kita memohon ke hadrat Ilahi agar Mesyuarat Tahunan Perwakilan HALUAN ke-22 akan berada di bawah lindunganNya, dirahmatiNya serta diberikan kekuatan kepada kita untuk meneliti program yang berlalu, menilai hasil yang telah dicapai, menerima secara ikhlas akan kesilapan atau kekurangan dan seterusnya mencari idea-idea penambahbaikan.
Isnin, 6 Jun 2011
Isi Utama Ucapan Dasar Presiden Haluan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 (Bhg. 2)
Hala Tuju Kita
- (Para 20) Seusia 22 tahun HALUAN ditubuhkan, persoalannya sekarang, apakah hala tuju HALUAN MALAYSIA kini? Halatuju kita tidak lain dan tidak bukan adalah terus menyebarluaskan khidmat kemasyarakatan, melahirkan lebih ramai individu-individu yang sedia bergabung jiwa serta tenaga dan mampu berkhidmat seterusnya membentuk masyarakat yang mempunyai jatidiri dan berkeperibadian mulia. Selagi nadi masih berdenyut dan akal yang waras, biarpun bertongkat, istilah undur dari memberi khidmat kepada masyarakat tidak mungkin sama sekali terpabat dalam minda kita masing-masing.
- (Para 21) Wahai Para Kepimpinan HALUAN, kepimpinan adalah amanah. Amanah besar yang diwarisi dari Rasulullab saw. Kepimpinan yang hanya mencari ganjaran dan keredhaan Allah swt semata-mata. Allah swt memberi penghargaan yang besar kepada pemimpin yang amanah dan ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.
- (Para 22) Dari Abi Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda (bermaksud) "Ada tujuh golongan yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan selain perlindunganNya iaitu imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang taat kepada Allah sejak kecil, lelaki yang hatinya terpaut kepada masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, lelaki yang diajak perempuan cantik (untuk melakukan maksiat) ia berkata aku takut kepada Allah, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kiri tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya dan orang yang bermunajat kepada Allah sehingga mengalir air matanya." (Riwayat Bukhari & Muslim).
- Allah swt juga menempelak pemimpin yang tidak amanah atau tidak melaksanakan tanggungjawab kepimpinan mereka. Maksud Hadis, "Siapapun para pemimpin yang mengurusi urusan kaum Muslimin, kemudian ia tidak bekerja keras untuk kemaslahatan mereka dan tidak pula menasihati mereka, maka ia tidak akan masuk syurga bersama mereka.” (Riwayat Muslim).
- (Para 23) Ancaman ini bukanlah alasan untuk melepaskan diri dari memikul tugas kepimpinan bila diamanahkan. Kita semua sebenarnya adalah pemimpin dan bertanggungjawab ke atas orang yang berada di bawah kepimpinan kita. Tidak perlu gusar atau ragu menerima amanah kepimpinan. Selagi mana kita berada di atas landasan yang benar selagi itulah kita akan terselamat daripada ancaman Allah swt.
- "Setiap amalan ada semangatnya (meningkat/kuat), setiap semangat (masa kuat) ada lemahnya, dan sesiapa yang di masa keadaan lemah berada di alas sunnahku, dia mendapat petunjuk." (Riwayat Ahmad dalam Shahih at-Targhib/Riwayat Mujahid dalam Musnad Ahmad).
- (Para 24) Kita mahukan perubahan yang menyeluruh. Tidak bersifat tempelan kepada bahagian-bahagian yang carik sahaja. Kepada barisan kepimpinan HALUAN samada di peringkat pusat, negeri, daerah atau unit-unit kecil, saya menyeru agar mengambil perhatian kepada beberapa perkara yang perlu dicapai dalam usaha kita membentuk organisasi yang benar-benar mantap dan mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
- Kepimpinan berwibawa adalah mereka yang memiliki sifat-sifat atau kualiti diri yang tinggi. Hidup yang berteraskan prinsip-prinsip serta kualiti unggul. Kepimpinan perlulah sentiasa mengharapkan balasan akhirat dan ikhlas kerana Allah swt semata-mata. Di samping itu juga diperkemaskan dengan sifat-sifat lain seperti kuat daya ingatan, bijak, cerdas, berpengalaman dan berwawasan. Mereka juga perlulah berpandangan jauh ke depan, mampu menganalisa pelbagai persoalan dengan cepat dan tepat, penyantun, penuh kasih sayang, lemah lembut dan ramah. Tidak cukup dengan itu mereka perlu berani, bertindak berasaskan fakta dan garis panduan syarak, benar, tawaduk, memaafkan, menahan amarah dan berlaku ihsan dan lebih banyak lagi sifat-sifat yang mulia.
- Untuk mencapai hasrat ini perancangan latihan yang mantap dan jitu amat diperlukan. Modul pengurusan organisasi mesti diikuti oleh seluruh barisan kepimpinan agar apa yang dihasratkan akan tercapai. Kita tidak boleh bergantung semata-mata kepada bakat semulajadi ataupun berpada dengan apa yang ada. Kerja-kerja yang semakin banyak memerlukan kekuatan dan kemampuan yang besar. Oleh itu saya menyeru agar perkara ini diberi perhatian yang sewajarnya.
- Firman Allah swt, bermaksud, “Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (Al- Ahzab : 23).
- Sudah sampai masanya untuk kita menjadi dominan dalam masyarakat. Kita tidak mahu hanya dikenali oleh kelompok-kelompok tertentu sahaja. Kita bukannya organisasi eksklusif yang terbatas untuk satu-satu golongan sahaja. Sebagai anggota dalam kepimpinan, kita perlu merasakan bahawa tiada satu golongan pun yang tertinggal dalam perhatian kita dan tidak ada satu inci pun bumi ini hilang dari pandangan kita.
Isnin, 23 Mei 2011
Isi Utama Ucapan Dasar Presiden Haluan dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 (Bhg. 1)
Mukaddimah
Selasa, 15 Februari 2011
Relawan HALUAN Gombak ke MKBJ11
BATU PAHAT, 12 FEBRUARI – Seramai 6 orang relawan HALUAN unit Gombak telah menyertai Misi Kemanusiaan Banjir Johor 2011 (MKBJ11) yang diterajui oleh HALUAN Johor di beberapa lokasi yang terjejas di sekitar Kampung Seri Medan, Batu Pahat, Johor.
Perjalanan para relawan bermula pada malam Jumaat 11 Februari 2011 di Tadika Raudhah Ibn Kathir, Gombak. Di sana, taklimat ringkas telah diberikan oleh ketua misi banjir HALUAN unit Gombak. Sesudah taklimat, pembahagian tugas dan pemeriksaan peralatan telah dilakukan. Para relawan kemudian bertolak ke Johor sekitar pukul 9 malam.
Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dan para relawan tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan, Batu Pahat sekitar jam 1 pagi. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Medan telah berbesar hati menyediakan bilik makmal sains sekolah bagi dijadikan bilik gerakan misi banjir HALUAN daerah Batu Pahat. Para relawan kemudiannya mengambil kesempatan untuk berehat bagi meneruskan kerja-kerja pada esok hari.
Keesokan paginya, sesudah solat subuh berjemaah, ketua misi sempat memberikan sedikit tazkirah ringkas di surau sekolah tersebut. Beliau mengingatkan bahawa betapa musibah yang menimpa ini adalah merupakan suatu ujian daripada Allah s.w.t, sedangkan Allah s.w.t. masih memberi nikmat-nikmat lain yang jauh lebih besar seperti nikmat kesihatan dan masa yang lapang yang perlu disyukuri. Begitu juga dengan nikmat iman yang sangat berharga.
Selepas bersarapan, para relawan segera berkemas dan terus bergerak menuju ke Sekolah Rendah Agama Seri Duyong, Kampung Seri Medan, Batu Pahat seperti diarahkan oleh En. Hair Zaki Zakaria yang merupakan koordinator lapangan MKBJ11 daerah Batu Pahat. Tujuan misi ialah untuk menjalankan operasi pembersihan sekitar sekolah yang sedikit terjejas akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini. Setibanya di Sekolah Rendah Agama Seri Duyong, para relawan telah disambut oleh Guru Besar sekolah dan Ketua Kampung Seri Duyong.
Di sana juga, para relawan HALUAN dari unit Gombak telah bergabung bersama 11 orang relawan dari Haluan Kedah serta 20 orang relawan dari Haluan Johor. Turut serta juga ialah beberapa orang penduduk kampung sekitar. Seusai taklimat ringkas oleh En. Hair Zaki para relawan terus memulakan kerja-kerja pembersihan. Antara kerja yang diilakukan ialah pembersihan kelas-kelas, bilik-bilik stor, surau, longkang, koridor, mencuci langsir serta halaman persekitaran sekolah.
Kerja-kerja pembersihan tamat sekitar jam 11.30 pagi. Di kesempatan akhir itu, Guru Besar Sekolah Agama Seri Duyong mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak HALUAN yang sudi membantu beliau membersihkan serta mengoperasikan semula sekolahnya. Selaku wakil dari HALUAN, En. Hair Zaki juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi memberikan peluang untuk para relawan HALUAN berbakti pada kali ini. “Kebetulan nama kampung ini ialah Seri Medan, dan alhamdulillah Allah telah mengurniakan kampung Seri Medan ini sebagai medan untuk ahli-ahli HALUAN menjalankan kerja-kerja mendidik dan berbakti” ujar En. Hair Zaki berseloroh.
Selesai di SRA Seri Duyong, kesemua relawan bergerak kembali menuju ke bilik gerakan misi banjir HALUAN daerah Batu Pahat di SMK Seri Medan bagi sesi penutupan misi kemanusiaan banjir Johor 2011 (MKBJ11) yang telah berlangsung hampir 2 minggu bermula dari 31 Januari 2011. Majlis disempurnakan oleh Dr. Baharuddin Busu selaku koordinator negeri bagi MKBJ11 kali ini. Dalam ucapannya, Dr Baharuddin mengungkapkan bahawa musibah yang menimpa hakikatnya merupakan peluang bagi HALUAN untuk mendekati masyarakat sekaligus memasyarakatkan Islam dalam setiap gerak kerja yang dilakukan. Majlis juga diselangi dengan ucapan dari wakil HALUAN dari Gombak, Kedah serta wakil Pemuda HALUAN.
Secara keseluruhannya MKBJ11 kali ini telah meninggalkan berbagai kenangan kepada 6 orang relawan HALUAN dari unit Gombak, Selangor. Meskipun hanya sempat berbakti pada hari-hari terakhir misi, para relawan sedar bahawa peluang seperti ini adalah sangat sukar didapati. Pada sesi kalimah akhirah setibanya di Gombak, ketua misi sekali lagi mengingatkan para relawan untuk mengikhlaskan diri supaya amal-amal in akan diterima oleh Allah. “Walaupun mungkin kita tidak mendapat pujian atau penghargaan dari mana-mana pihak, kita mesti sentiasa mengikhlaskan diri agar kita mendapat penghargaan yang sebenar disisi Allah” ujarnya lagi.