Khamis, 5 Julai 2012

8 Cara Menyambut Ramadhan


Beberapa kegiatan yang dapat dipersiapkan seseorang Muslim dalam menyambut bulan Ramadhan :
  1. Anjurkan anggota keluarga untuk berpuasa sebanyak-banyaknya di dalam bulan Sya’ban. Bagi yang tidak mampu, cukup dengan puasa Isnin dan Khamis setiap minggu, atau jika belum mampu juga cukup puasa ayyamul-bidh.
  2. Tingkatkan kekerapan tilawah al-Quran di bulan Sya’ban, misalnya dengan mendengarnya di radio atau membacanya sebagai wirid harian.
  3. Ajak pasangan membaca buku fekah ringkas atau membahasnya dalam pertemuan keluarga. Buku yang baik sebagai rujukan ialah seperti Fiqhus Sunnah karya Sayyid Sabiq atau Fiqhus Siyam karya Dr Yusuf al-Qaradhawi.
  4. Susun kembali suasana rumah, teruatam pada minggu terakhir bulan Sya’ban. Misalnya dengan menyusun letak dan membersihkan perabut rumah atau meletakkan kaligrafi al-Quran di dinding yang terlihat. Selain itu, elok juga meletakkan hiasan-hiasan di ruangan-ruangan tertentu, terutama di ruangan anak-anak. Semua itu ialah agar setiap anggota keluarga memberi perhatian dengan kedatangan bulan Ramadhan.
  5. Tunjukkan kecintaan dan kasih sayang serta keintiman dengan pasangan dengan berusaha menghilangkan kesalahfahaman dan bersikap lemah lembut, sehingga tidak mengeruhkan ibadah Ramadhan dengan masalah-masalah baru.
  6. Mempereratkan hubungan silaturrahim sesama sanak keluarga, terutama orang tua, mertua dan keluarga lainnya. Tunjukkan rasa cinta, berbuat baik dan memberikan hadiah kepada mereka. Ini ialah kerana pada bulan Ramadhan, kita sukar untuk saling berkunjungan kerana tidak mahu mengorbankan kesempatan ibadah (yang khusus) di bulan mulia itu.
  7. Eratkan hubungan dengan jiran tetangga terutama jiran yang mempunyai ikatan khusus dan saling mengingatkan antara satu sama lain. Misalnya, buatlah majlis taklim khusus selama bulan Ramadhan, pada sekitar selepas Zuhur atau tarawikh.
  8. Optimakan doa agar Allah swt menyampaikan umur kita ke bulan Ramadhan dan memberikan kekuatan untuk berpuasa. Kuatkan mental dan fizikal anak-anak yang akan menunaikan puasa untuk kali pertama atau yang kali pertama akan menamatkannya hingga akhir bulan. Teruslah bermunajat kepada Allah agar Dia menerima amal ibadat kita.
Versi .pdf Risalah Insan boleh dimuaturun di sini.

Tiada ulasan: