8. Tilawah (membaca) al-Quran
Ramadhan adalah bulan diturunkannya al-Quran. Firman Allah, "Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil). Oleh demikian sesiapa yang melihat anak bulan maka hendaklah ia berpuasa, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka hendaklah ia menggantikannya sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur." (Baqarah [2] : 185).
Pada bulan ini Malaikat Jibril pernah turun dan membaca al-Quran dengan Rasulullah saw (Riwayat Bukhori). Maka tidak aneh kalau Rasulullah saw (yang selalu membaca al-Quran pada sepanjang tahun itu) lebih sering membacanya pada sepanjang bulan Ramadhan.
Imam az-Zuhdi pernah berkata, "Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain puasa) ialah membaca al-Quran".
Hal ini tentu saja dilakukan dengan tetap memperhatikan tajwid dan tujuan dasar diturunkannya al-Quran untuk ditadabbur (ditatapi dengan serius), difahami dan diamalkan. Firman Allah yang bermaksud, “Ini adalah sebuah Kitab yang kami turunkan kepadamu dengan penuh dengan keberkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatNya dan supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang mempunyai fikiran.”
9. Memberikan makanan dan sadaqah.
Salah satu amalan Ramadhan Rasulullah saw ialah memberikan makan kepada orang-orang yang berpuasa. Seperti sabda Baginda saw, "Barangsiapa yang memberi makan kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut." (Riwayat Turmudzi dan an Nasa'i).
Hal memberi makan dan sedekah selama bulan Ramadhan ini bukan hanya untuk keperluan berbuka malahan juga untuk segala kebajikan. Rasulullah yang terkenal sebagai dermawan dan penuh prihatin terhadap nasib umat, pada bulan Ramadhan sifat dermawannya lebih menonjol hingga dimisalkan sebagai "lebih cepat dari angin" (Riwayat Bukhori ).
10. Mengambil perhatian tentang kesihatan.
Rasulullah mementingkan kesihatan para umatnya. Hal ini dilihat dari beberapa peristiwa di bawah ini:
i. Membersihkan gigi dengan kayu siwak (berus gigi). (Riwayat Bukhori dan Abu Daud); dan
ii. Memperhatikan penampilan, seperti pernah diwasiatkan oleh Rasulullah saw kepada sahabat Abdullah ibnu Mas'ud RA, agar memulakan puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang sedih. ( Riwayat Al-Haitsami).
11. Mengambil berat tentang hak-hak keluarga
Sekalipun puasa adalah ibadah yang khusus diperuntukkan hanyasanya kepada Allah, dan juga juga mempunyai nilai khusus di hadapan Allah, namun puasa menjadi dengan lebih sempurna, jika tidak mengabaikan hak-hak keluarga.
Seperti yang diriwayatkan oleh isteri-isteri Baginda saw seperti Aisyah ra dan Ummu Salamah ra bahawa Rasulullah saw adalah tokoh yang paling baik untuk keluarga. Selama bulan Ramadhan, Baginda saw selalu memenuhi hak-hak keluarga Baginda. Bahkan ketika Rasulullah saw berada dalam puncak i'tikaf, hak keluarga tetap terjaga.
12. Memperhatikan aktiviti dakwah dan masyarakat
Rasulullah saw menjadikan bulan puasa sebagai bulan penuh amal soleh. Selain amalan soleh yang telah disebutkan, Baginda saw juga aktif melakukan dakwah, bergaul bersama masyarakat, bermusafir dan berjihad.
Dalam sembilan kali Ramadhan yang pernah Baginda saw alami, Baginda saw telah melakukan perjalanan ke Badr (tahun 2H), Mekah (tahun 8H), dan ke Tabuk (tahun 9H), mengirimkan 6 sariyah (pasukan jihad yang tidak secara langsung Baginda saw ikuti atau pimpin), melaksanakan perkahwinan puterinya Fatimah ra dengan Ali kw, Baginda saw berkeluarga dengan Hafshah ra dan Zainab ra, meruntuhkan berhala-berhala Arab seperti Lata, Manat dan Suwa', dan meruntuhkan masjid adh-Dhiror.
Rujukan : Risalah Khas sempena sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1433H, terbitan HALUAN Negeri Pahang 2012.
Versi .pdf boleh dimuat turun dari capaian ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan