Bulan Ramadhan al-Mubarak baru sahaja meninggalkan kita. Ia akan kembali selepas berlalunya tempoh masa 11 bulan yang akan datang. Bagi orang-orang mukmin, kedatangan Ramadhan merupakan suatu yang dirindui dan pemergiannya pula ditangisi.
Tidak cukup dengan itu, bagi orang-orang mukmin juga, pemergian Ramadhan meninggalkan suatu kesan positif yang sangat mendalam dalam jiwa mereka, iaitu ketaqwaan yang utuh kepada Allah swt.
Allah berfirman,
Kepentingan taqwa memang ternyata diulang-ulang oleh Allah swt, agar kekal terpahat dalam diri orang-orang yang beriman, iaitu selaku bekal yang akan menjadi penilaian Allah di akhirat kelak. Semakin tinggi ketaqwaan seseorang, semakin mulia pulalah darjatnya di sisi Allah.
Allah berfirman,
Dan para ulama’ juga telah memberikan beberapa tips berguna buat kita meneruskan kelangsungan Ramadhan pada bulan-bulan yang lain seterusnya. Di antaranya ialah seperti anjuran Syaikh Qasim Abdullah dan Syaikh Yasir Abdurrahman, seperti berikut :
Tidak cukup dengan itu, bagi orang-orang mukmin juga, pemergian Ramadhan meninggalkan suatu kesan positif yang sangat mendalam dalam jiwa mereka, iaitu ketaqwaan yang utuh kepada Allah swt.
Allah berfirman,
“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (Al-Baqarah:183)Hatta, Rasulullah saw melaknati orang-orang yang melepasi Ramadhan tanpa memperolehi keampunan Allah. Dalam suatu hadith yang bermaksud,
“Dari Ka’ab bin Ujrah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, ‘Hadirlah ke mimbar!’ Maka kami pun telah hadir. Apabila Baginda naik satu anak tangga mimbar, Baginda berkata, ‘Amin’ dan apabila naik anak tangga yang kedua, Baginda berkata, ‘Amin’ dan apabila naik anak tangga yang ketiga Baginda berkata, ‘Amin’. Apabila Baginda turun, kami telah bertanya, ‘Ya Rasulullah! Hari ini sesungguhnya kami telah mendengar dari Tuan sesuatu yang belum pernah kami dengar’. Baginda bersabda, ‘Sesungguhnya Jibrail telah muncul kepadaku dan berkata : Binasalah dia yang mendapati Ramadhan tetapi belum juga diampunkan.’ Maka aku berkata ‘Amin’. Apabila aku naik anak tangga yang kedua dia berkata : ‘Binasalah dia yang apabila engkau disebutkan di depannya, tidak pula dia menselawatimu.’ Aku juga berkata, ‘Amin’ dan apabila aku naik anak tangga yang ketiga dia berkata : ‘Binasalah dia yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang darinya telah tua tetapi mereka tidak menjadi sebab untuk dia masuk ke dalam syurga.’ Aku berkata ‘Amin’. (Riwayat Hakim dan Ibnu Hibban)Lantas itu, adalah wajar untuk setiap daripada kita memuhasabah diri dan menilai sama ada kita telah mencapai tahap ketaqwaan yang diharapkan daripada Ramadhan. Sekiranya kita telah mencapainya (Allah jua yang mengetahui), marilah kita bersyukur kepada Allah dan berazam untuk terus dalam ketaqwaan ini. Sebaliknya, sekiranya kita gagal mencapai darjah ketaqwaan itu, marilah pula kita pertingkatkan amal soleh dan gandakan ketaatan kepada Allah, mudah-mudahan kita mencapai juga darjah ketaqwaan ini di luar Ramadhan.
Kepentingan taqwa memang ternyata diulang-ulang oleh Allah swt, agar kekal terpahat dalam diri orang-orang yang beriman, iaitu selaku bekal yang akan menjadi penilaian Allah di akhirat kelak. Semakin tinggi ketaqwaan seseorang, semakin mulia pulalah darjatnya di sisi Allah.
Allah berfirman,
“Dan siapkanlah bekal kalian. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa. Dan bertaqwalah kepadaKu wahai orang-orang yang mempunyai akal.”(Al Baqarah:197)
“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” (Al-Hujurat:13)
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi `auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik.” (Al-A’raf:26)Dalam bermuhasabah bagi meninjau tahap ketaqwaan dalam diri, ulama’ menegaskan bahawa di antara tanda-tanda bahawa ibadah puasa atau selainnya yang telah kita laksanakan itu diterima oleh Allah swt ataupun tidak, ialah apabila Allah swt memberikan pertolongan kepada kita untuk melakukan kebaikan yang lebih besar. Perlaksanaan ibadah-ibadah ini mestilah berlangsung secara terus-menerus, dan tidak terhad kepada amalan pada bulan Ramadhan sahaja.
Dan para ulama’ juga telah memberikan beberapa tips berguna buat kita meneruskan kelangsungan Ramadhan pada bulan-bulan yang lain seterusnya. Di antaranya ialah seperti anjuran Syaikh Qasim Abdullah dan Syaikh Yasir Abdurrahman, seperti berikut :
- Janganlah kita meninggalkan solat ima waktu pada waktunya ataupun melalaikan perlaksanaannya seperti mengakhirkannya atau sebagainya;
- Jadikanlah solat fajar (subuh) sebagai solat yang mempunyai nilai khusus dan lakukanlah secara terus-menerus;
- Berusahalah untuk membaca al-Quran sebagai wirid harian, secara berterusan walaupun sedikit;
- Perbanyakkanlah berzikir kepada Allah swt, berfikir serta merenungi nikmat dan kebesaranNya dan memohon ampun kepadaNya dengan penuh rasa kerendahan diri;
- Berusaha melakukan solat malam serta qiyamullail secara istiqamah, walaupun sedikit-sedikit;
- Jauhilah sumber-sumber yang boleh menggalakkan kita untuk mengeji, mengadu-domba serta menghina orang lain;
- Sucikanlah hati-hati kita dan sifat kemunafikan dan kedengkian. Sebaliknya jadilah hati-hati kita sebagai tempat pengaduan bagi orang-orang yang memerlukan;
- Letakkanlah dalam tangan-tangan kanan kita dengan sifat kecintaan kepada manusia, dan letakkanlah pula dalam tangan-tangan kiri kita dengan memberikan apa yang mereka perlukan;
- Bersedekahlah walaupun sedikit, dengan ikhlas; dan
- Jalinkanlah hubungan yang baik dengan semua orang terutama orang-orang yang berada di sekeliling kita.
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi saw bersabda, “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya, “Dimanakah orang-orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa sahaja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa sahaja.” (Riwayat Bukhari & Muslim).Kita juga berdoa agar Allah swt memanjangkan usia kita, agar semoga kita dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang, insyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan