Hakikat iman di dalam jiwa ialah berlakunya peningkatan atau penurunannya pada setiap masa. Ada ketikanya iman kita berada pada tahap yang sangat parah, tetapi melalui hidayah Allah swt, iman itu tertingkat kepada takat yang lebih stabil, malah sihat dan kuat. Pada ketika yang lain, kita berasa gembira dan bersyukur dengan kadar iman di dalam jiwa kita, tetapi kemudiannya akibat dosa dan maksiat, tiba-tiba sahaja iman tersebut tahapnya jatuh merudum. Malah, jika kemerosotan iman itu tidak kita kawal, tiada secubit jua di dalam hati yang menyesalinya.
Ketika kemerosotan iman tersebut berlaku, sekurang-kurangnya ada dua perkara yang amat mengancam diri kita. Pertamanya, kita menjadi insan yang lemah jiwa, hati dan iman. Iman yang lemah tidak akan dapat menghidupkan hati, Tanpa hati yang hidup pula, tidak mungkin dapat kita dapat menjana hidayah Allah. Dan tanpa hidayah Allah pula pula, tuntutan Allah yang ringan terasa amat terbeban, menjadikan kita susah menunaikan ibadah-ibadah yang mudah atau yang susah.
Manakala ancaman kedua pula, kita menghadapi risiko kesudahan yang buruk. Kita boleh dimatikan Allah swt pada bila-bila masa sahaja. Dan jika kematian itu berlaku pada tahap iman kita sedang merosot teruk, maka rugilah kita akibat dari suu’ul khatimah atau kesudahan yang buruk ini.
Thabit bin Qurrah (ulama’ kurun ke-9) berkata, “Kerihatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerihatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerihatan lidah bergantung kepada bercakap. Dosa bagi hati umpama racun bagi badan. Justeru itu, dosa yang dilakukan oleh seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan jiwa; seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan tetapi ia tetap melemahkan badan. Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.”
Begitu juga dengan Abdullah bin Mubarak ra (ulama’ kurun ke-2) yang berkata, “Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu, adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa.”
Lantas itu, selayaknya bagi jiwa-jiwa yang mengharapkan keredhaan Allah, untuk sentiasa berwaspasda dalam setiap saat kehidupannya. Jangan ia melakukan perkara-perkara yang boleh mendekatkan dirinya dengan perlakuan dosa dan maksiat, apatah lagi melakukannya dengan sebenarnya – seperti maksiat zina yang dilarang Allah swt bukan sahaja daripada melakukannya malah juga menghampirinya.
Titik kelemahan dan kekuatan diri
Dalam setiap diri kita ada titik-titik kelemahan dan kekuatan. Ia adalah elemen-elemen, yang jika dilakukan, boleh melemahkan atau menguatkan jiwa kita, bergantung kepada jenis elemen-elemen itu, yang juga berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut tabiat dan keselesaan masing-masing.
Bagi elemen-elemen yang melemahkan jiwa, mungkin titik kelemahan seseorang itu terletak pada banyaknya melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti menonton siaran-siaran yang melekakan di televisyen, mendengar muzik-muzik yang mengkhayalkan, panjang angan-angan dan sebagainya. Adapun titik kelemahan seseorang yang lain pula mungkin terletak pada lama tidurnya, banyak makannya, kuat bicaranya, buruk bahan bacaannya dan lain-lain. Malah mungkin juga akibat maksiat-maksiat yang dilakukan oleh anggota tubuhnya, seperti mata, telinga, lidah, tangan, kaki dan sebagainya.
Manakala, elemen-elemen yang menguatkan jiwa pula bagi seseorang itu mungkin terletak pada tautan hatinya dengan sahabat-sahabatnya yang berakhlak mulia, berfikir berzikir bermuhasabah dan mengingati mati, solat membaca al-Quran dan beriktikafnya di masjid, dan sebagainya. Malah ada juga bagi seseorang yang lain titik kekuatannya terletak pada usaha-usaha dakwahnya.
Dalam suatu hadith, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud :

“Sesungguhnya hati ini berkarat sepertimana besi yang berkarat. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah bagaimana untuk mengilatkannya? Baginda menjawab: Membaca al-Quran dan mengingati mati.” (Hadis riwayat Al Baihaqi).Oleh yang demikian, sekiranya kita masih sayangkan hidayah Allah dan mengharapkan kesudahan yang baik bagi diri-diri kita, lakukanlah sekurang-kurangnya tiga perkara yang berikut :
- Pertamanya, carilah dan kenalpastilah titik-titik kelemahan dalam diri kita. Dan lakukanlah apa yang kita terdaya untuk menghindarinya dan melencong ke arahnya, apatah lagi melakukannya.
- Keduanya, carilah dan kenalpastikan juga titik-titik kekuatan dalam kita. Berbeza dengan yang pertama tadi, kita mestilah pula melakukan apa yang kita mampu untuk melaksanakannya atau melakukan perkara-perkara yang lain yang boleh mencenderungkan diri kita ke arah perlaksanaannya.
- Dan ketiga, kita perlu sentiasa bermujahadah diri. Lakukan usaha secara berterusan, walaupun dengan menggunakan paksaan dan hukuman (yang tidak bertentangan dengan syarak), jika perlu..
- Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah;
- Jika penyakit itu ialah melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan-amalan berdosa itu dan seterusnya bertaubat kepada Allah;
- Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab tersebut;
- Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah mengambil berat suka redha dan cinta terhadapnya; dan
- Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, maka ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah swt dalam semua hal kehidupan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan