Penjagaan hati agar sentiasa bersih dan suci merupakan ajaran Rasulullah saw. Baginda pernah berpesan melalui hadithnya yang bermakud,
Kesan hati yang bersih ini, tidak hanya kita akan terasa tenang dan nyaman, malah ianya juga akan membangkitkan rasa seronok dan bahagianya kita dalam melakukan amal-amal Islami. Maka dengan itu, pengerjaan ibadah-ibadah kita tidak akan terasa berat atau seperti dipaksa-paksa. Dan tidak perlu juga kita bersusah-payah untuk mengikhlaskan hati, kerana hati yang bersih akan memusatkan amalan-amalan kita agar hanya tertumpu untuk mendapatkan keredhaan Allah swt semata-mata dan bukannya pujian manusia.
Bukan setakat itu sahaja. Sinar yang terpancar dari hati yang bersih akan menyuluhi apa yang berada di sekitar hati itu. Ini termasuklah hati-hati yang berada di dalam tubuh-tubuh individu-individu yang berdekatan. Pastinya hati-hati yang lain tersebut akan turut sama berasakan ketenangan dan kejernihan hati yang bersih tersebut. Sebab itulah, jika kita berada berdekatan dengan orang-orang yang soleh, kita akan merasai kenyamanan hati-hati mereka. Tidak perlu untuk mereka mengucapkan bait-bait kalimah keluar dari lidah-lidah mereka. Cukuplah keberadaan mereka, nescaya kita dapat berkongsi atau mempelajari himah-hikmah tertentu daripada mereka.
Itulah keajaiban orang-orang yang beriman.
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahawa ia adalah hati (alqalbu)." Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.Maka dengan itu, adalah menjadi kewajipan kita untuk menjaga kesejahteraan hati. Ini adalah kerana pancaran hati ini akan memacar kepada tindak-tanduk dan amalan kita seluruhnya, sebagaimana yang boleh kita fahami daripada sabda Rasulullah saw iaitu "... baiklah seluruh tubuhnya" seperti yang ternyata dalam hadith tadi.
Kesan hati yang bersih ini, tidak hanya kita akan terasa tenang dan nyaman, malah ianya juga akan membangkitkan rasa seronok dan bahagianya kita dalam melakukan amal-amal Islami. Maka dengan itu, pengerjaan ibadah-ibadah kita tidak akan terasa berat atau seperti dipaksa-paksa. Dan tidak perlu juga kita bersusah-payah untuk mengikhlaskan hati, kerana hati yang bersih akan memusatkan amalan-amalan kita agar hanya tertumpu untuk mendapatkan keredhaan Allah swt semata-mata dan bukannya pujian manusia.
Bukan setakat itu sahaja. Sinar yang terpancar dari hati yang bersih akan menyuluhi apa yang berada di sekitar hati itu. Ini termasuklah hati-hati yang berada di dalam tubuh-tubuh individu-individu yang berdekatan. Pastinya hati-hati yang lain tersebut akan turut sama berasakan ketenangan dan kejernihan hati yang bersih tersebut. Sebab itulah, jika kita berada berdekatan dengan orang-orang yang soleh, kita akan merasai kenyamanan hati-hati mereka. Tidak perlu untuk mereka mengucapkan bait-bait kalimah keluar dari lidah-lidah mereka. Cukuplah keberadaan mereka, nescaya kita dapat berkongsi atau mempelajari himah-hikmah tertentu daripada mereka.
Itulah keajaiban orang-orang yang beriman.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan